Kolej A-level swasta London – Ashbourne College

Kolej Ashbourne adalah salah satu kolej swasta A-Level yang terbaik di London.

Informal, university-style focus

90 peratus daripada pelajar kami yang berusia antara 16 dan 19 tahun memilih Kolej Ashbourne kerana kami menawarkan pendidikan barat yang menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih yakin, pintar dan ambil inisiatif.

Disciplined approach

Ashbourne akan memastikan pelajar-pelajar memahami harapan yang diinginkan daripada mereka dengan memberikan bantuan dan nasihat untuk mencapai matlamat mereka. Kami berjanji untuk mencapai gol untuk semua pelajar untuk menamatkan pengajian dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam setiap peperiksaan. Untuk mencapai keputusan ini, kita menegaskan bahawa semua kerja diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan dengan kualiti yang tinggi, termasuk peperiksaan amalan yang diadakan empat kali sepanjang tahun akademik. Jika kerja rumah tidak memenuhi standard yang ditetapkan, kita menegaskan bahawa pelajar boleh menyedia untuk penyerahan sekali lagi.

Academic results
Ashbourne adalah antara kolej swasta A-level yang terbaik di London. Kolej Ashbourne mencapai hampir 50 peratus daripada keputusan peperiksaan A-level iaitu Gred A* atau A, dan lebih daripada 50 peratus pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti, termasuk Russell Group seperti Oxford, Cambridge, UCL, Imperial dan LSE. Ini mencerminkan kualiti pengajaran kami, kualiti guru dan kualiti pentadbiran kami. Pelajar perlu bertanding dengan pelajar-pelajar lain untuk memasuki tahun kedua di Kolej Ashbourne kerana keupayaan dan kegigihan pelajar-pelajar.

Lokasi
Kolej Ashbourne terletak di pusat London dan juga kawasan yang terindah antara kolej A-level di London. Kolej Ashbourne berhampiran dengan Kensington Palace, dan pelajar boleh berjalan-jalan di persekitaran Kensington Gardens dan Hyde Park di hujung minggu. Ikon kebudayaan seperti Royal Albert Hall, Muzium Victoria dan Albert dan Muzium Sains dan Sejarah Semula Jadi, perpustakaan, galeri seni dan teater juga berdekatan dengan kolej kami.

Individual attention

Biasanya kelas di kolej kami tidak melebihi sepuluh pelajar supaya setiap pelajar akan diberikan perhatian yang sepenuhnya. Lazimnya, ini dapat meningkatkan penglibatan, komunikasi dan pemahaman pelajar-pelajar. Dengan mempergunakan pelan kita, guru boleh menetapkan sekurang-kurangnya dua kali lebih banyak kerja rumah berbanding dengan sekolah yang lain. Melalui kerja rumah yang diberikan, pelajar boleh mendapatkan hasil yang terbaik dalam pelajaran meraka. Pelajar yang ingin mendapat keputusan baik perlu juga mengetahui cara yang baik untuk bekerja dalam masa meraka sendiri untuk mencapai kecermelangan.

Teaching time

Masa pengajaran di kolej kita bagi setiap mata pelajaran melebihi purata negara. Pelajar melengkapkan sukatan pelajaran dalam masa yang munasabah. Oleh hal yang demikian, mereka berpeluang untuk megulangkaji pada akhir kursusnya.

Testing
Dalam masa tambahan di dalam kelas, guru akan memberikan lebih kerja rumah serta pembimbingan di luar skop kelas. Ashbourne berorientasikan perperikasaan dan meluangkan masa untuk menguji pelajar secara rasmi di dalam kelas setiap setengah terma (enam minggu). Ujian sebegini menawarkan ujian amalan yang sangat genting untuk peperiksaan akhir dan gred yang dicapai dalam ujian ini memberikan keyakinan kepada pelajar, ibu bapa, guru dan pentadbir.

Personal tutors

Menuju ke akhir tahun, setiap pelajar akan bertemu degan Tutor Peribadi mereka setiap minggu untuk berbincang and menangani isu-isu akademik dan social. Ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah atau perkara penting yang ingin dibincangkan boleh menghubungi Tutor Peribadi. Di samping itu, semua pelajar mempunyai tutor UCAS yang bertanggung-jawab untuk menasihati mereka dengan permohonan universiti.

Reporting and parents’ evenings

Tutor kami menyediakan laporan untuk setiap pelajar yang diajar oleh mereka setiap setengah terma (enam minggu). Laporan ini memberikan penilaian keseluruhan serta pertimbangan terperinci kualiti kerja rumah dan kuantiti, gred peperiksaan, kehadiran dan usaha pelajar. Kolej ini mempunyai sistem IT yang cemerlang. Oleh itu, ibu bapa boleh mengakses kebanyakan butiran ini setiap hari. Selain itu, kami juga ada dua malam khas untuk ibu bapa setiap tahun akademik untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu anak meraka dan berbincang tentang apa-apa isu yang mereka ada.

Diversity

50 peratus pelajar Ashbourne datang dari negara-negara lain dan terdiri daripada sebanyak 40 bangsa yang berbeza. Kolej A-level kami di London dapat menarik pelajar antarabangsa kerana kami menawarkan variasi pilihan mata pelajaran A-level. Peluang ini membenarkan pelajar menumpukan perhatian kepada hanya tiga atau empat pelajaran yang mereka minat, dan meningkatkan kualiti keseluruhan pendidikan.

Bersama dengan pelbagai-bagai mata pelajaran yang ditawarkan, pelajar juga akan menjumpai kepelbagaian dalam pelajar-pelajar lain di Kolej Ashbourne, oleh kerana pelajar-pelajar Ashbourne mempunyai kebelbagaian personality, cita-cita dan keminatan. Ashbourne adalah tempat yang menarik untuk belajar sambil menikmati budaya di UK.

Happiness

Kebanyakan pelajar di kolej hanya belajar selama dua tahun sahaja tetapi dalam masa yang singkat, mereka mempunyai perasaan positif terhadap Ashbourne. Bagi semua pelajar, ini adalah satu pengalaman yang mengubahkan kehidupan mereka jika hanya untuk persahabatan yang sedia ada. Kebahagiaan ialah produk terpenting kepada kita di Kolej Ashbourne.